Ya. Peserta perlu menunjukkan status risiko Covid-19
Ya. Peserta perlu berada dalam keadaan sihat. Sekiranya suhu badan peserta melebihi 37.5 °C atau mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak atau susah bernafas, peserta adalah tidak dibenarkan masuk.
Peserta juga hendaklah sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 semasa mengikuti persidangan melalui:
* Pemakaian pelitup muka diwajibkan di dalam dewan;
* Pemakaian pelitup muka akan menjadi pilihan apabila berada di
luar bangunan atau kawasan terbuka;
* Pemakaian pelitup muka masih digalakkan di kawasan luar yang
sesak dan untuk individu berisiko tinggi;
* Pelitup muka boleh ditanggalkan di dalam bangunan untuk situasi
tertentu seperti ketika makan atau ketika memberi ucapan di atas
pentas; dan
* Membasuh tangan/menggunakan hand sanitizer sekerap mungkin.