Puan Noraza binti Mohd Ariff berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Utara Malaysia.
Beliau memulakan kerjaya di Unit Audit Dalam, Kementerian Kerja Raya pada tahun 1997. Beliau bertukar ke Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, Cawangan KDN pada tahun 2003.
Seterusnya ke Unit Audit Dalam di Kementerian Kesihatan pada tahun 2006 dan Bahagian Audit Dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun 2008.
Kini beliau adalah Timbalan Pengarah Audit di Cawangan Audit Prestasi 4, Bahagian 1, Sektor Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara.