YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad mempunyai kelulusan Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Montana, Amerika Syarikat pada tahun 1990 dan menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Sains Teknologi Maklumat (Pengurusan) di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2002.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Ketua Seksyen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan Malaysia pada tahun 1991.
Beliau pernah bertugas di Cawangan Hasil dan Bahagian Pengurusan Maklumat dan Latihan, Jabatan Audit Negara bagi tempoh tahun 1993 hingga 1997.
Beliau pernah ditempatkan sebagai pasukan projek ePerolehan Kementerian Kewangan Malaysia, bagi tempoh tahun 2002 hingga 2005, Ketua Audit Dalam Kementerian Wilayah Persekutuan/Pembangunan Wanita/Kesihatan bagi tempoh tahun 2005 hingga 2008.
Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Audit ICT bagi tempoh tahun 2016 hingga 2018.
Pernah bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Cawangan Syarikat Kerajaan Sektor Persekutuan bagi tempoh tahun 2014 hingga 2016 dan Pengarah Sektor Audit Syarikat Kerajaan bagi tempoh tahun 2018 hingga 2021.
Kini beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Audit Negara di Sektor Audit Kewangan, Jabatan Audit Negara.