YBrs. Puan Hajah Patimah binti Ramuji berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1990 dan menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana Sains Pengurusan (Msc.) di Universiti Utara Malaysia pada tahun 2000.
Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Audit Negara Negeri Sabah pada tahun 1991.
Beliau bertukar ke Jabatan Audit Negara Negeri Perak pada tahun 1992.
Seterusnya ke Jabatan Audit Negara Cawangan Penyelidikan, Ibu Pejabat pada tahun 2001 dan Jabatan Audit Negara Cawangan Badan Berkanun Persekutuan, Ibu Pejabat pada tahun 2002.
Pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Sabah pada tahun 2016 dan Pengarah di Sektor Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara pada tahun 2020.
Kini beliau adalah Timbalan Ketua Audit Negara di Sektor Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara.