YBrs. Tuan Haji Roslan bin Abu Bakar mempunyai kelulusan Bachelor of Science in Business dari Emproria State University di USA pada tahun 1986 dan menyambung pengajiannya di peringkat Master in Business Administration di Universiti yang sama pada tahun 1989.
Beliau memulakan kerjaya di Bahagian Persekutuan Seksyen Audit Kastam, Jabatan Audit Negara pada tahun 1991.
Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Audit Negeri di Jabatan Audit Negara, Negeri Terengganu pada tahun 2013 dan Pengarah di Akademi Audit Negara pada tahun 2019.
Kini beliau adalah Timbalan Ketua Audit Negara di Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan, Jabatan Audit Negara.