Tuan Haji Y Hamdan bin Mohd Dom mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Sains Komputer) dan Ijazah Sarjana (Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau telah memulakan tugas di Jabatan Audit Negara sebagai Juruaudit pada tahun 1991 di Bahagian Pengurusan Maklumat dan Latihan (BPML).
Bertukar ke Seksyen Audit Akaun Awam Cawangan Audit Wilayah Persekutuan pada tahun 1998.
Seterusnya ke Cawangan Khidmat Nasihat Audit ICT pada tahun 2002 dan Bahagian Sosial, Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan pada tahun 2008.
Kini beliau adalah Pengarah di Bahagian I, Sektor Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara.